Monday, September 01, 2008

Salam Ramadhan

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan
Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan,
menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat
di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga
mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala
kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang
dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Semoga ibadah di bulan Ramadhan tahun ini lebih bermakna, kepada rakan-rakan Muslim sekalian, ampun maaf dipinta dan semoga bulan mulia ini kita mulakan dengan hati sebersih-bersihnya agama. Insya Allah...

No comments: