“Aku belum sempurna sebagai tunggak semenjak kepala keluarga
bernama ayah pergi, walau pada firasatku, telah ku cuba sebaiknya. Sebaliknya,
aku menarik kedua adikku sama berkorban, sama berhempas pulas membantu
membahagiakan Ibu di saat mereka sudah punya kehidupan sendiri yang perlu
dipertimbangkan. Kerana dalam menjalani hidup bersama Ibu seterusnya, tiada yang
lebih penting selain membiarkannya sentiasa bahagia tanpa seorang suami. Satu
sahaja yang ku mahu sekarang ini, supaya perkahwinan boleh membebaskan mereka
dari tanggungjawab 100% terhadap Ibu. Yang satu telah menjalani kehidupan
berumahtangga, tetapi aku masih belum berhenti memohon bantuannya setiap kali
aku kesempitan. Aku malu yang tidak terhingga sampai saat ini. Apa agaknya lagi
harus kulakukan untuk mengubah takdir mereka. Seorang lagi ku harap boleh ke
jinjang pelamin secepat mungkin, supaya dia dapat pergi jauh, bahagia bersama
keluarga sendiri. Walaupun rumah Ibu pasti sunyi tanpa mereka, tapi aku pasti
satu beban di bahu mereka akan terlucut sebaik mereka tidak harus tinggal bersamadi rumah ini; tiada kata rayuan aku di saat aku buntu dalam membuat keputusan,tiada lagi kata sinisku di saat aku begitu marah kerana tidak mampu berbuat apa-apa.Dengan tiadanya mereka, aku pasti terpaksa berdikari, demi harapan ke atas senyuman
seorang Ibu setiap saat di mana hanya kami berdua tinggal di casa ini. Hanya
satu ku pinta ya Allah, semoga dengan segera aku dapat lepaskan bebanan keluarga dari
adik-adikku supaya mereka bebas hidup bahagia dengan keluarga masing-masing.
Kakak minta maaf jika tanggungjawab membataskan kebahagiaan kamu semua.”
Saturday, June 20, 2009
Prologue
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tak baik cakap camtu kakak.... ibu itu kan tanggungjawab, bukan yang perlu dinanti-nanti untuk ditinggalkan. perkahwinan itu bukan bererti melepaskan satu harta yang paling berharga... dan perkahwinan itu bukan maksud meboloskan diri daripada keperitan. Kalau perlu dikendong bersama, akan ku kendong biar patah sayap ku tidak terbang, biar berkedek-kedek aku berjalan... dan kalau lelah itu yang masih merimaskan diri mu, tiada erti bahagia perkahwinan itu jika hanya memberikan maksud mahu meninggalkan seisi rumah dan tawa bahagia itu....
Post a Comment